JOM MEMASAK
Hi Assalamualaikum Cantik Manis….
Korang dah lunch ke? Mesti best menu kan.
Bagi yang belum tue, atau tengah cari mood nak masak
planning nak masak ape, jom ape kate kite cuba menu best nie.
Boring la kan asyik citer pasal Mary Kay je, ape kate ubah pulak
kite share resipi.
Mane tau uolls ade nak share jugak resipi yg simple tapi
sedap kan.
Menu hari nie Julia nak share ialah….
SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN
:
4 ekor ikan
kembung – bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
3 senduk
cili kisar (cili kering yang diksar dengan bawang merah besar, bawang putih,
belacan)
2 biji
bawang besar – hiris
Air asam
jawa secukupnya
Sedikit air
Garam dan
gula secukup rasa
Minyak masak
untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak
dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Kemudian panaskan minyak yang agak banyak untuk menumis. Ia bertujuan supaya rencah cepat garing.
Tumis cili kisar guna api perlahan sehingga masak dan garing.
Kemudian
masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah yang
cantik.
Tambahkan air asam jawa bersama sedikit garam. Gaul rata.
Masukkan ikan dan tunggu hingga sambal pecah minyak.
Akhir sekali masukkan hiirsan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidang Bersama nasi panas…
Selamat
menjamu selera Bersama keluarga sempena cuti CNY…Selamat mencuba ya
Salam
Inspirasi Cantik Manis
Julia Tambi
Comments
Post a Comment